Dalam sesebuah hubungan mesti ada pasang surutnya, setiap pasangan ingin pasangan yang terbaik sehingga ke akhir hayat.
Pernahkan anda berada di dalam situasi di mana anda pening memikirkan adakah pasangan yang anda pilih itu terbaik untuk anda?Teruskan bacaan untuk ketahui bahawa pasangan yang anda pilih itu terbaik untuk anda.
1. Mampukah Pasangan Anda Menerima Masa Lalu Anda?
Setiap orang pasti ada peristiwa yang lalu samada baik ataupun sebaliknya. Jika pasangan anda tidak mampu menerima apa yang anda lakukan pada masa lalu, dia bukan pasangan terbaik untuk anda. Apa lagi jika anda sering disalahkan sebab masa lalu anda.
2. Adakah Pasangan Anda Marah Ketika Anda Dalam Keadaan Beremosi?
Tidak kira lelaki atau perempuan pasti pernah mengalami keadaan yang beremosi. Jika suatu hari nanti anda dimarah oleh pasangan anda sebab anda beremosi, dia bukan pasangan yang sesuai untuk anda. Sepatutnya dia memberikan sokongan dan dorongan.
3. Pasangan Anda Seorang Yang Bertindak Kasar?
Tiada erti cinta jika pasangan anda suka memukul dan bertindak kasar kepada anda di hadapan orang lain. Jangan teruskan hubungan dengan orang seperti ini. Bagaimana dia hendak menguruskan rumah tangga jika berkelakuan kasar terhadap anda.
Tepuk dada tanyalah iman, setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan sudah tanggungjawap kita menampung kekurangan pasangan. Barulah merasai kehangatan hubungan sehingga ke jannah.
sumber : http://info.sukacuka.com
0 Komentar untuk "JOM BACA! 3 Tanda Pasangan Anda Bukan Yang Terbaik Untuk Anda"