WAJIB BACA! 4 Perkara Yang Lelaki Tidak Suka Kepada Wanita


Setiap manusia lelaki mahupun wanita mempunyai perbezaan antara satu sama lain, sesetengah wanita menganggap lelaki seseorang yang penuh dengan misteri.

Bagi lelaki pula, dunia wanita begitu memeningkan dan sukar untuk difahami. Sebenarnya ada betulnya juga kerana lelaki dan wanita sememangnya berbeza dan disebabkan itulah mereka saling lengkap melengkapi. 

Namun ada beberapa perkara yang lelaki tidak suka kepada wanita, teruskan bacaan anda untuk mengetahui perkara tersebut.

1. Terlalu Posesif
Wanita yang kuat cemburu adakalanya membuatkan lelaki berasa tenang kerana ada wanita yang sukakan dia dan tidak mahu dia jadi orang lain. Namun jika terlalu posesif, pasti akan menimbulkan rasa rimas. Lelaki sebenarnya memerlukan kebebasan untuk melakukan perlbagai perkara dan tidak suka dituduh curang. Bagi mereka kepercayaan dan mereka akan menghargai anda.


2. Memandang Rendah Lelaki
Lelaki adalah makhluk yang suka dipuji dan sangat berbangga jika mampu melakukan sesuatu yang menggembirakan wanita. Namun wanita lebih senang untuk memandang rendah apa yang lelaki lakukan. Perkara ini sangat tidak digemari lelaki dan membuatkan hati mereka terluka.



3. Selalu Membebel dan Marah
Wanita yang selalu membebel dan marah hanya akan membuatkan pasangan sakit kepala dan bertindak untuk menjauhkan diri dari anda. Kalau setakat nak membebel dengan perkara yang kecil, baik anda lupakan sahaja niat anda.


4. Tidak Sopan Pada Orang Lain
Wanita yang lemah lembut dan mampu menjaga sikapnya adalah jenis wanita yang sangat disukai lelaki. Anda boleh menjadi diri anda sendiri jika dihadapan lelaki, namun bila lelaki mengajak anda bertemu dengan keluarga mereka, anda perlu berkelakuan sopan. Kelakuan tidak elok hanya akan membuatkan lelaki malu.

Apapun, wanita seharusnya berubah jika mempunyai perangai atau sikap seperti di atas. Ini bagi mengeratkan silaturahim antara anda dan pasangan anda.


sumber : http://info.sukacuka.com
0 Komentar untuk "WAJIB BACA! 4 Perkara Yang Lelaki Tidak Suka Kepada Wanita"