Jom Baca! Sardin dalam tin dan rahsianya !!!


Sebut sahaja sardin , pasti anda tahu ikan yang di packing di dalam tin. Perrh rasanya semua suka, sedap dan mudah di sediakan. Hendak tahu khasiatnya jom kami kongsikan.
Sardin ???
Tau apa rahsianya ???
Tak tau ??? Tau ???
Apa pun… aku sebenarnya suka sardin dalam tin nie… masak sambal… pergh !!! menjilat jari… tak kiralah, kalau ada yang berpendapat yang sardin nie bukan makanan untuk golongan high class… aku tetap suka !!!
Macam mana ngan korang ???
Ada yang suka sardin dalam tin ???
Tapi, sardin dalam tin nie ada rahsianya ….
Suatu hari, ditempat kerja aku…. tersebar e-mail… tentang rahsia sardin dalam tin nie !!! Terpulang kalau nak percaya atau tidak… Kononnya… sardin dalam tin nie tak elok untuk badan kita… penerangan dari e-mail tu memang cukup panjang… berserta ngan hujah-hujahnya sekali bagi mengiyakan kesahihan maklumat yang diberi….
Katanya… kalau kita perhatikan, tulang sardin dalam tin nie dah rapuh, lembut… boleh dikunyah dan dimakan sekali ngan isi-isinya… maknanya .. pasti ada sejenis kimia yang digunakan untuk mengawet sardin tadi supaya tahan lama… dan tentunya bahan kimia inilah yang tak baik untuk badan kita…
Di dalam e-mail tu jugak, disuruh kita buat perbandingan… disuruh kita buat ujikaji sendiri… disuruh kita rebuskan ikan dan tulang-tulangnya sehingga 3 hari tiga malam, malah digalakkan kita menggunakan pressure cooker sekiranya ada… dan keputusannya… tulang-tulang ikan tadi pastinya takkan jadi lembut, rapuh atau hancur sebagaimana tulang sardin dalam tin yang selama ini menjadi kegemaran segelintir manusia, termasuk aku !!!
Dikatakan, itulah buktinya.. dan diberikan contoh-contoh manusia yang rapat ngan penulis yang gemar makan sardin dalam tin, yang akhirnya mengalami masalah fibroid dan terpaksa dibedah.. dan yang ditekankan dalam e-mail tu…. kesannya lebih kepada golongan wanita (setakat nie laaa…).
Amacam ??? Percaya ??? Terpulang !!! Itu ikut lu orang punya penilaian ler…. mungkin ada kebenarannya !!! Bagi penggemar sardin dalam tin… kurang-kurangkan ler, kalau tak mampu nak hentikan terus… lagi pun.. Islam pun menggalakkan kesederhanaan… jangan melampau dalam amalan pemakanan… malah dalam apa saja perbuatan kita… InsyaAllah !!!
WALLAH-HU-ALAM!!!
Apapun, terpulang kepada untuk menilainya, khasiat sardin sudah kami beritahu kepada anda semua. Mencegah lebih baik dari mengubati.
sumber : https://bujang3.wordpress.com
0 Komentar untuk "Jom Baca! Sardin dalam tin dan rahsianya !!!"