MARI BACA! Khasiat Air Kelapa untuk Ibu Hamil

Kami hendak kongsikan khasiat air kelapa kepada bakal ibu-ibu yang hamil di luar sana. Ramai tidak tahu air kelapa mempunyai banyak khasiatnya.
Umum mengetahui air kelapa adalah minuman yang menyegarkan dan dapat membantu dalam menjaga tubuh daripada terhidrasi. Contohnya air kelapa ini mempunyai nutrisi dan keseimbangan elektrolit yang sama seperti darah.
Selama kehamilan , penting bagi seorang wanita untuk memasukkan makanan dan minuman sihat dan berkhasiat dalam diet sehari-hari. Mengambil Air kelapa semasa mengandung membantu dalam menjaga kesihatan ibu dan janin
Dalam tradisi yang telah berlangsung dibeberapa daerah secara turun temurun mempercayai kandungan air kelapa yang mempunyai manfaat untuk ibu hamil khususnya air kelapa hijau.
Dan ada juga yang berpendapat bahawa ibu hamil yang rajin mengambil air kelapa terutama pada trimester ketiga kehamilan cecair ketuban akan menjadi lebih bersih dan bayi yang lahir nantinya akan mempunyai kulit bersih, rambut lebat dan mata yang indah, benarkah???
air kelapa muda untuk ibu hamil
Jom kita dapatkan khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil dibawah
Pada kenyataannya, air dari kelapa muda memang mengandungi pelbagai zat yang berbeza dari air yang terdapat pada buah lain. Air kelapa muda terbukti sangat bermanfaat bagi ibu yang sedang hamil. 
Zat yang terkandung di dalamnya secara tidak langsung akan mewujudkan kesihatan bayi selepas lahir hal ini memang banyak beredar di masyarakat walaupun belum ada kajian yang menghubungkan air kelapa muda dan ibu hamil.
Akan tetapi ternyata adanya kandungan zat di air kelapa muda yang dapat membantu anda menjaga kesihatan semasa mengandung. Jom kita dapatkan khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil dibawah:
1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit
Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.
Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .
2. Mempunyai Diuretik Semulajadi
Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.
3. Sebagai Anti Penyakit
Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan  dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.
4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung
Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.
5. Boleh Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.
saya harap dengan perkongsian artikel saya ini mengenai khasiat meminum air kelapa muda untuk ibu-ibu yang sedang hamil dapat memberi sedikit info kepada anda semua..moga bertemu di artikel yang seterusnya..
Wasalam,
Apa tunggu lagi, bapa-bapa dapatkan air kelapa untuk isteri-isteri anda. Khasiat buah kelapa tidak dapat di sangkal lagi untuk ibu yang mengandung.
sumber : http://www.bengkungmoden.com/
0 Komentar untuk "MARI BACA! Khasiat Air Kelapa untuk Ibu Hamil"