WAJIB BACA! HUKUM MEMAKAI TELEKUNG LYCRA-USTAZAH ANI


solat4

Umum mengetahui yang sudah menjadi trend TELEKUNG LYCRA di gunakan oleh muslimat untuk menunaikan solat. Pelbagai persoalan dan tanggapan orang berkenaan penggunaan TELEKUNG LYCRA ini.

Sebagaimana yang kita tahu kebelakangan ini terlalu banyak post-post tentang telekung lycra, samada si pemakai sah atau batal bersolat dengan memakai telekung lycra? Ramai yang call, whatsapp, wechat ustazah dan bertanya tentang hukum menggunakan telekung lycra di dalam solat.

Ustazah sendiri tak perasan tentang hal ini sehingga ustazah menerima berbagai-bagai persoalan tentangnya. Jadi ustazah tergerak untuk membantu setakat yang ustazah mampu bagi mengeluarkan segala kekusutan yang dihadapi oleh ramai kaum wanita tentang telekung lycra. Ustazah mohon maaf jika ini sahaja kemampuan yang ada.

Lycra adalah sejenis kain yang agak berat dan mempunyai pelbagai jenis ketebalan dan warna. Ada yang jenis tebal dan ada yang jenis nipis. Dan kain jenis lycra agak sejuk dan sedap di pakai. 

Lycra bukan sahaja dijadikan telekung malah jugak dijadikan tudung, kain, blouse dan jubah.
Keadaan kain yang agak berat akan menjadikan sipemakai boleh menonjolkan susuk tubuh dan bunjulan-bunjulan rahsia di tubuhnya. 

Untuk menjadikan ia sebagai pakaian luar yang dipakai di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram) kaum wanita wajib berhati-hati kerana boleh menggundang kepada hukum haram dan berdosa kerana ciri-ciri menutup aurat yakni tidak menampakkan bentuk tubuh mungkin tidak dapat dipenuhi.

Jadi hati-hati dalam memilih jenis kain untuk dijadikan tudung atau pakaian luaran. Pastikan tudung itu bukan jenis yang melekap pada tubuh dan orang boleh meneka saiz badan kita.
Berbalik pada telekung, ini yang menjadikan isu hangat sekarang ini. Pertamanya, Kita harus tahu di mana kita hendak mendirikan solat??

Kalau kita solat hanya di rumah dimana hanya ada semua mahram-mahram kita, maka ianya tidaklah menjadi satu kesalahan yang mana tidak memenuhi syarat sah sembahyang. 

Misalnya kita solat di rumah atau di ruang solat wanita maka tidak lah sampai membawa kepada hukum batal solat jika menggunakan telekung lycra. Ini kerana ‘menutup aurat’ di dalam salah satu syarat sah sembahyang membawa maksud :

1. Menutup aurat antara pusat dan lutut bagi lelaki.

2. Menutup keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan DENGAN SUATU YANG MENUTUP DAN MENEGAH DARIPADA DILIHAT WARNA KULITNYA PADA PIHAK ATAS DAN KELILINGNYA WALAUPUN DILUMUR LUMPUR SEKALIPUN.

Mengikut syarat kedua itu sudah jelas solat kita sudah sah walaupun dilumur lumpur sekalipun. Apa yang kita faham kalau lumur lumpur pastinya bentuk tubuh boleh kelihatan. 

Cuma warna kulit sahaja yang tidak kelihatan. Ringkasnya di sini jika kita bersembahyang di ruang solat wanita atau di hadapan mahram kita , tidak jadi isu atau soal tentang menampakkan bentuk tubuh. Boleh sahaja bersolat dengan pakai seluar panjang, baju kurung atau TELEKUNG LYCRA yang mana kita tahu telekung lycra tidak jarang hanya nampak bentuk sahaja. Ustazah kira sahabat semua dah faham tentang ‘ bentuk tubuh’ atas penerangan sebelum ini kan.

TETAPI!!!!!!!!! Awas jika solatnya di ruang terbuka atau di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram) maka anda semua kena jaga ciri-ciri menutup aurat. 

Hati-hati dengan telekung lycra yang nipis ya..cari kain yang lebih tebal untuk dijadikan telekung atau boleh sahaja solat tanpa telekung dengan jubah dan baju kurung yang longgar. Marilah kita cuba tinggalkan sebentar telekung kita dirumah. Jadikan amalan untuk sentiasa menutup aurat di luar solat sehingga pakaian tersebut boleh bawa kepada solat kita bila-bila masa.

solat1
solat3

Terlanjur ustazah cakap pasal telekung lycra sehingga menjadi keresahan kepada kita semua, ustazah nak mengajak sahabat-sahabat tengok ke bawah iaitu kaki saudari-saudari atau para suami check kaki-kaki para isteri ADAKAH SUDAH MENUTUP AURAT sepenuhnya.

Berstokin atau tidak???? Alang-alang risau tentang telekung marilah kita ubah penampilan kita, jangan isu telekung lycra sahaja nak dirisaukan. Tudung kita semasa keluar rumah adakah sudah menutup sehingga ke bawah dada, tangan baju yang labuh, kaki berstokin. Marilah kita bertaubat dan kembali kepada Allah.

Insya Allah di bawah sini ustazah copy nota dari sahabat fb ustazah Akhie Sharulzaman Mohd Zahar Tentang ciri-ciri menutup aurat mengikut pandangan Islam. Jazakallah atas perkongsian ilmu.

Dengan penerangan ustazah ini sedikit sebanyak dapat menghuraikan segala kekusutan anda yang menggunakan  TELEKUNG LYCRA ketika menunaikan solat.

sumber : ustazahanidakwah.blogspot
0 Komentar untuk "WAJIB BACA! HUKUM MEMAKAI TELEKUNG LYCRA-USTAZAH ANI"