Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi


Jeruk Mangga Asam Boi di minati ramai, tengok sahaja gambar membuatkan teringin sangat untuk merasanya. Bahkan ada yang menjual secara online atau pasar-pasar malam.

BAHAN-BAHAN :
  • 3-4 biji mempelam
  • 7 biji asam boi
  • Sedikit garam
  • Gula ( lebihkan pun boleh )
  • 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )
CARA-CARANYA :
  1. Masukkan semua bahan dalam balang
  2. Gaul sebati/goncangkan bekas
  3. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
  4. Sedia untuk dimakan
p/s: anda juga boleh cuba gantikan mangga dengan epal atau jambu
Apa tunggu lagi, cubalah resepi Jeruk Mangga Asam Boi mudah, senang dan jimat. Bahkan boleh i jual kepada rakan-rakan anda. 
sumber :  http://www.bukuresepi.com/

0 Komentar untuk "Resepi Jeruk Mangga Asam Boi"