PANAS! Kenapa Wanita Malaysia Ramai Curang?


Kenapa wanita Malaysia ramai curang? Sebuah akhbar tempatan ada mengeluarkan fakta wanita Malaysia jatuh nombor 3 atau 36% curang. Rupanya terlalu besar isu ini untuk di perkatakan.

Kalau dia ambil data dari wanita kelas menengah, berkerjaya dan tinggal di bandar.....mungkin sesetengah setuju. Tetapi kena tahu gak bangsa mana yang paling curang kerana negara ni ada pelbagai bangsa.

So aku tak setuju data tu!!!! Tapi aku tak nafikan ada wanita Malaysia ni banyak yang curang. Aku sendiri pernah lihat dengan mata kepala aku.

Kenapa mereka curang, senang sahaja jawapan aku iaitu salah suami. Dalam islam suami dipertanggungjawabkan mendidik isteri mereka. Aku pun seorang suami yang menulis entri ini terpaksa akui realiti ini. Ni aku cerita melalui persekitaran aku punca isteri jadi curang.

Suami sibuk bekerja.
Suami asik OT ajer siang malam. Kerja dipejabat 12 jam so masa kat umah 4 jam. Itupun waktu malam baru ketemu.
Bila nak bermesra dengan isteri.. So suami tak der umah. ..cari yg lain.

Bebaskan pergaulan isteri.
Memberi kebenaran melulu kepada isteri berjumpa rakan-rakan tak kira siang atau malam.
Kalau isteri balik lewat, percaya bulat-bulat. Boleh jumpa kekasih gelap selalu.

Laman sosial tanpa pemantauan
Langsung tak pantau FB..twitter isteri. Kononnya iaitu hak isteri. Buat apa nak sibuk... So boleh bercinta di talian.

Kurang kemesraan
Lelaki Malaysia ini masa bercinta dan lepas kahwin berbeza. Mungkin sebab kekangan kewangan menguruskan keluarga ia lupa bermadah cinta.
Apatah lagi kalau ada anak...Pompuan ni sesekali perlu dibelai...jangan sampai lelaki lain belai lak....hehehe. Ini faktor terbesar pada pendapat saya.

Isteri berkerjaya
Ini susah nak elak. Pergaulan tempat kerja dan kekuatan kewangan isteri membolehkan mereka reka beribu alasan untuk curang.

Suami curang
Suami boleh curang, aku pun boleh curang.
Last2 dua-dua curang...hehehe.

Suami tak beri nafkah zahir dan batin
Ini suami yang tak bertanggungjawab dan tak tahu tugasnya sebagai suami. Ikut kepala dia ajer dan tak peduli pandangan isteri. Isteri boring cari lain.

Kekuatan agama adalah tiang utama mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Suami atau isteri kawallah pasangan anda. Dalam kes ini, suami fahamilah hak dan batas seorang isteri. Walau pun ini zaman moden...dan kononnya bebaskan pergaulan isteri atas dasar moden, batas agama tetap sama.

Ini antara sebab-sebab kenapa wanita curang dengan pasangannya, pokok pangkalnya si suami seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mengemudi bahtera perkahwinan.

sumber : http://hanifidrus.blogspot.com/
0 Komentar untuk "PANAS! Kenapa Wanita Malaysia Ramai Curang?"