9 tanda bila lelaki jatuh hati dan sukakan anda

Kami paparkan beberapa tanda jika lelaki yang mendampingi anda jatuh hati dan sukakan anda. Bukan semua lelaki berani meluahkan perasaan mereka, jika jatuh cinta kepada seseorang wanita.
1. Dia selalu memerhatikan anda
Jika anda bercakap dengan orang lain,mata anda menangkap dia sedang memerhatikan anda berulang-ulang kali. Bila ini berlaku lebih daripada beberapa kali, maka anda boleh cukup yakin dia mempunyai minat kepada anda.
2. Dia amat berguna
Penting untuk membezakan antara membantu dengan ikhlas ataupun mengambil berat secara berlebihan. Ya, kita bercakap mengenai lelaki yang mengikuti anda dengan setia dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa. Jika lelaki tersebut tidak pernah mengungkit semasa dia membantu anda, maka dia sebenarnya menaruh hati pada anda!
3. Selalu puji anda
Si dia selalu alert dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Si dia juga tidak kisah dengan personaliti  anda dan menerima anda seadanya.
4. Bersetuju dengan pendapat anda
Jika seorang lelaki yang tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan  anda dalam bulatan sosial, itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.
5. Dia melakukan perkara gila-gila untuk anda
Cinta kadang-kadang membuatkan kita sedikit gila. Kalau dia sanggup melakukan perkara gila atau memalukan dirinya semata-mata nakkan perhatian dari anda, maknanya dia memang ada hati pada anda.Kalau tidak, takkanlah dia sanggup melakukan apa saja demi anda!
6. Dia selalu menghubungi anda
Taktik biasa yang selalu dan mudah mencairkan hati wanita…. iaitu menerusi telefon. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,ehem ehem..adalah tu!
7. Dia melindungi anda
Si dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di  sekeliling anda. Menjadi pelindung juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.
8. Dia cemburu
Tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda, dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda. Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.
9. Dia berkongsi perasaan dengan anda
Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.
Rasa-rasa ada ke tidak lelaki yang sedang jatuh hati kepada, apa tunggu lagi. Si wanita jangan jual mahal, mungkin anda antara yang menjadi perhatiannya.
sumber : http://www.wanista.com/
0 Komentar untuk "9 tanda bila lelaki jatuh hati dan sukakan anda"